KL, 10 JULAI 2013: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prinsip inilah yang Murai Batu lihat ada pada pengacara, pelakon serta pelawak popular, Zizan Razak. Menyedari kelemahannya menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara kedua di negara kita ini, Zizan Razak yang merupakan anggota kumpulan lawak, Johan khabarnya telah sanggup mempelajari serta mendalami bahasa tersebut.
Sumber memberitahu Murai Batu, Zizan Razak mula mempelajari bahasa ini sebelum dia terbang ke Brussels dan Paris untuk menghadiri Festival dan Konvesyen Smurfs di sana pada 20 Jun 2013.
Sebagai salah seorang duta Smurfs Sedunia yang mewakili Malaysia di konvesyen tersebut, Zizan khabarnya dikehendaki untuk berucap mengenai karektor kartun yang digemari ramai ini di dalam bahasa Inggeris.
Jadi, atas ssebab itulh dia berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris secara intensif sebelum dia menghadiri konvensyen selama 2 minggu yang diadakan secara besar-besaran di Brussels dan Paris itu.
Tapi, yang bagusnya, setelah balik ke Malaysia, Murai Batu dapat tahu, Zizan Razak masih lagi meneruskan kelas penganjiannya di dalam bahasa Inggeris. Wah! Baguslah macam tu Zizan. Sebab, awak nampaknya cukup serius mendalami ilmu dalam bahasa Inggeris. Tak rugi pun belajar sebab bahasa Inggeris ini boleh digunakan di mana-mana pun di ceruk dunia ini.
Lagipun, untuk jadi artis serta penghibur versatil, kita kenalah tau bertutur dalama bahasa Inggeris. Baru, kita boleh melangkah dengan lebih jauh lagi dalam bidang ini.
MURAIBATU: Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pelayar murai.com.my…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan