Isnin, 14 Oktober 2013

M7, Instagram, Hadiah & Pertemuan.

M7, Instagram, Hadiah & Pertemuan.



Hai....rindunya kepada semua pembaca saya. Maaf saya menyepikan diri. Pertama, banyak kerja di sekolah perlu diselesaikan,memandangkan tahun nie saya menduduki PMR .Hal yang dua.......emmmmmmm biarlah rahsia ye. Kadang-kadang life kena jadi defensive sikit, tak semua benda boleh dicerita.
 Okay, apa nak dicerita kali ni...? Oh ya.......tempoh hari saya berkesempatan menjengah HalFest di Mines Resort City, 4 Oktober lalu. Asalnya saya kesana untuk melihat perjalanan HalFest, kebetulan M7 Drive membuat promosi bersama dutanya, JEP. Jadi, saya redahkan juga melawat beliau disana. Alhamdulilah, lega hati. Sekian lama tak jumpa, saya tengok Jep sihat walafiat walaupun sibuk dengan program Super Sponta 2013, dan sebagai Duta M7 Drive & M7 Prooil. Hebat mempromosikan barangan M7 di Instagramnya. Saya juga kadang-kadang tidak ketinggalan. Bantulah apa yang sepatutnya sungguhpun di belakang tabir.
 



Selain itu,  Jep juga sibuk dengan program Super Spontan 2013 sekarang, walaupun tempoh hari ada lawak spontannya mengusik senstitiviti isu Mat Yo sekejap. Alahai rilexlah...namanya comedian. Suka nak cari isu kan depa ni. Selama saya tengok Instagram Jep, ada satu yang menarik betul perhatian saya. Rasa nak nangis pun ada. Jep luangkan masa bermain takraw di rumah Mawi baru-baru ini
 Sebelum saya tamatkan post, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat saya di Instagram saya,@sepahtu_shiro kerana terus menyokong kerjaya Jep dan menjadi peminat paling teguh. Percayalah kata-kata saya, Jep sangat-sangat memerlukan anda semua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang "berani" memujuk saya menulis semula untuk blog ini. Demi permintaan semua, saya tunaikan....walaupun gambar semua "import" dari IG tuan punya nama. Hehe.  
 Kepada yang terus bertanya macam mana nak kirimkan hadiah, surat ke, (kirimkan hadiah dan surat ye, kirimkan cinta, peluk, sayang, cium muah muah xdapek la....bukan muhrim oii!) anda semua boleh cari Presiden JEPFC, Cik Adila Zainul di Instagram @adilazainul atau di Facebook, search Adila Zainul. Cari beliau, dan InshaAllah, beliau akan membantu anda. Saya juga boleh bantu, tapi saya risau saya tak berkesempatan jumpa Jep gara-gara tugas yang melambak sekarang. Nanti hadiah tak sampai, saya juga jadi mangsa nanti. 
 Saya tinggalkan anda semua dengan gambar-gambar paling latest dari Jep. Semua "diimport" khas dari IG Jepsepahtu. Hehehehe. Oh ya, kepada yang mungkin ingin follow & menjadi sahabat saya di IG, (berkawan dengan saya dengan niat Lillahitaala, bukan sebab Jep ok), anda boleh follow saya di IG, @sepahtu_shiro Nak borak2 dekat wechat juga boleh. ID saya ada di IG ye. Facebook Syafiq Mukhriz saya rehatkan seketika. InshaAllah nanti saya kembali.
 





semoga anda terhibur................selamat menyambut hari raya aidiladha
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan