Khamis, 14 November 2013

12 November 2012 ; Sebuah Momento.

Assalamualaikum.......

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
Hai....apa khabar semua followers dan pembaca setia saya? Harap anda semua sihat-sihat belaka ye. Saya macam biasalah, sibuk dengan kerja. Maklumlah, 2014 hampir tiba. Jadi, perancangan sekolah banyak saya pikul (walaupun sekolah ini bukan saya punya..hehehe). Sudah namanya tanggungjawab, pikul sahajalah. Lagipun, kerja tu satu ibadah. (amboi..celoteh cik awadah!) 
 
 adi sebenarnya, terbelek kalendar kat meja ni. Baru perasan hari ini 12 November 2013. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun lepas, tarikh ini saya menghadiri Malam Gala atau Malam Pratonton Sepah The Movie. Dan pada bulan November juga, abang-abang ex Sepah, termasuk abg sayang saya tu....ehem! bukan, sorry tersalah tulis...abg sayang korang....sibuk promosi jelajah Sepah The Movie.Dari Batu Pahat, ke Melaka, Plaza Angsana, Kuala Lumpur, Penang dan seterusnya Kuantan. Yang paling...sumpah tak boleh lupa, road tour Penang. Sian.........die demam. Demam teruk! Kekekeke..........(manja sangatlah mamat ni!)
 
 
Opps.....sorry. Nak cerita pasal Malam Gala tu sebenarnya. Okay, tayangan pratonton tu berlangsung di E@Curve, Damansara. Buat pertama kali, saya jumpa secara penuh, kumpulan Sepah walaupun mereka dah berpecah masa tu. Pada waktu itu, saya masih besekolah. Habis sekolah pukul 6ptg, saya terus bergegas ke E@Curve. phew berpeluh-peluh. Semata-mata nak menatap abang berbaju hitam ni. 
 
 Ingat tak poster ni? Ya Ampun...poster ini sebesar-besar alam okay!
 
Masa tunggu artis datang sangat kelakar. Jantung dup dap dup dap. Nak meredakan tekanan, saya bergambar dengan Shahrol, Mamat dan Jehan. Nampaknya si baju hitam ni...sebab masa tu belum kenal dan saya masih dalam kategori peminat FANATIK.....saya nak pengsan! Tak tahu kenapa!!
 
 Alamak.....dah macam orang baru balik keje opis! Jep terlalu segak malam tu. Untuk pertama kali saya melihat dia berpakaian rasmi yang memang segak. Wah warna hitam. Nak selamat la tu. Sebenarnya, malam gala tu adalah kali ketiga saya jumpa Jep straight dalam seminggu. Tengok ye, 4 Nov 2012, saya jumpa dia di Subang Jaya, 11 Nov saya datang untuk roadtour STM di Klang dan 12 Nov untuk malam pratonton STM. Wah...............penat toqq! Tapi yelah masa tu kan "gila"! Sanggup lah buat keje gila. Yelah, balik rumah pun dah pukul 2 pagi, edit gambar dan upload di FB & Blog sampai 4 pagi, solat subuh terus pastu g keje! Agak-agak....saya cukup tido tak sepanjang pembabitan saya dengan Jep?? Hehehehehehe...............! 
 
 
Tapi itu semua kenangan manis. Momen paling manis. Sememangnya setiap momen saya adalah paling terindah. Kadang-kadang, kena benda atau perkara yang saya rasa tak ada kena mengena! Dan, saya melihat pembabitan saya sepanjang menyokong kerjaya insan bernama Mohd Nadzri ini cukup terindah, sekalipun ada masa badai melanda. Bukan setakat badai, tsunami juga melanda. Cukup meruntuhkan sokongan saya yang saya bina. Setiap kali saya down, saya pujuk hati bangun semula. Well, Jep kerjanya apa? selebriti kan? Dan sebagai selebriti pasti terlibat dengan ramai orang. Bila terlibat dengan ramai orang, pasti setiap kepingan hati perlu dijaga. Pasti juga, setiap airmata perlu dikekang agar tidak tumpah. Namun, itu tidak adil rasanya bagi Jep, kan? Macam lagu Yuna...ini tidak adik tidak adil baginya!!  
Saya mungkin tidak akan bersama lagi, (mungkin........cerita Allah saya tidak pasti) untuk menyokong dan berada di mana sahaja Jep berada seperti sebelum ini. Saya dah tak kuat berdepan dengan Jep yang semakin mendaki ke puncak sekarang. Namun, apa yang akan berterusan dari saya, adalah doa ke hadrat Allah, semoga dijaga hatinya berbolak balik, dimurahkan rezeki dan menjaga perjalannya supaya tidak diletak bersama orang-orang yang sombong dan riak. Juga, jauh dari gossip yang bukan-bukan. Saya pasti, In Sha Allah, Jep mampu menjaganya.
 
 
Kepada semua yang selama ini menjadi pembaca setia, yang mengikut perkembangan blog ini dari awal sehingga hari ini, terima kasih seadanya. Saya tak kenal anda semua, tapi bila saya pergi Halfest di booth M7 hari tu tiba-tiba ada yang tegur "ini kak wadah blog ke?" aduhai......terharu sangat. Malah permintaan untuk setiap entri baru membuatkan saya fikir panjang untuk berhenti menulis. Terima kasih ye. Kepada yang memberi saya kata kata semangat di IG juga terima kasih. (yang asyik dok bertanya....akak suka abg Jep ke? akak ni bla bla bla....jawapan saya TAK! harap maklum!)
Kepada Jep........nak cakap apa eh? Tak tahu awak masih baca ke tak? emm..kalau baca, good luck je lah untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Do the best...maximum best. Actually rindu sangat nak dapat pesanan dari awak supaya datang program rakaman yang melibatkan awak, Jep!! Macam dulu awak ajak datang rakaman KKX dengan Warna Raya 2013.Takpelah....masa berlalu. Tak kisahlah tu. Anyway, selamat maju jaya, selamat segalanya. In Sha Allah. 
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Trivia JEP SEPAHTU

1. Pernah bermain bola sepak bersama Johor FC bawah 20 tahun.
 2. Selain handal bermain bola sepak, Jep sangat handal bermain pingpong.
 3. Pernah mewakili SK Kulai dalam sukan Bola Tampar pada tahun 1994
 4. Jep sangat rapat dengan ibunya. Pernah menghadiahkan ibu tersayang sekalung rantai mutiara bernilai RM500 hasil gaji pertama ketika bertugas di NSTP, Senai, Johor.
 5. Sangat meminati pasukan MU & Kelantan FC
 6. Pernah menangis ketika masih dalam Raja Lawak 2009 akibat tidak pernah berjauhan dari keluarga
6. Minuman kegemaran Teh O Panas & makanan kegemaran Asam Pedas
7. Hampir di hantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka akibat terlalu nakal di sekolah.
8. Memiliki lima orang anak buah yang masih kecil dan membawa gelaran pakteh di rumah.

9. Jep adalah bekas pelajar SK Kulai & SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Bersekolah di sekolah menengah yang sama bersama Mamat Sepah.

10. Memiliki Honda Civic Type R berwarna putih sebagai kereta pertama setelah menjadi artis.

11. Membintangi drama Tok Ketua sebagai penampilan pertama SEPAH selepas juara Raja Lawak 2009. 

12. Pernah melakonkan watak seorang buta dalam drama Biar Betul Bendul bersama Mamat & Shuib. Untuk pertama kali nama sebenar Jep, Mohd Nadzri Zainal Abidin di papar penuh dalam drama tersebut.

13. Selain berlawak, Jep sangat cekap bermain gitar, malah pandai menyanyi.
14. Jep seorang yang tidak suka kepada benda yang remeh temeh. 
15. Mewakili Malaysian Artist Sports Club (MASC) dan sering bermain utk posisi penyerang (stricker)
15. Walaupun peminat menggelarkannya seorang yang mempunyai suara "petir", namun Jep juga seorang yang sangat penyayang. 
16. Sangat menjaga dan mengambil berat tentang keluarga & sahabat rapat.
17. Suka kepada kanak-kanak dan suka mengusik.
(ini yang buat peminat dia gilo ni!!)
18. Jep memiliki ketinggian pada 186cm 

19. Selain bakat, rata-rata peminat Jep sangat menggilai senyum dan gayanya yang simple.
20.  Sangat menghormati peminat wanita. Tangan akan dibelakang setiap kali bergambar
21. Tidak memiliki akaun Twitter dan FB, hanya tumpuan sepenuhnya kepada Instagram.
dan Instagram abg jep ialah @jepsepahtu

Sabtu, 9 November 2013

Biodata Kumpulan Sepahtu Maharaja Lawak Mega 2013

KUMPULAN SEPAHTU MLM 2013


MOHD NADZRI BIN ZAINAL ABIDIN @ JEP SEPAHTU

MOHD NADZRI BIN ZAINAL ABIDIN @ JEP SEPAHTU


Nama penuh : Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin

Nama Panggilan : Jep Sepahtu

Umur : 28 tahun

Tarikh lahir : 9 April 1985

Asal: Kampung Melayu, Jalan Sultanah, Kulai, Johor Darul Takzim.
Adik Beradik : Anak keempat dari 7 orang adik beradik. 
 (membawa gelaran Pakteh kepada 5 orang anak buahnya)  
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kulai, Johor (1992 - 1997)
                     SMK Sultan Ibrahim, Kulai, Johor. (1998 - 2002)

Pekerjaan (sebelum menyertai Raja Lawak 3)
The New Straits Times Press, Bangsar - Operation (2003 - 2005)
Air Asia, Senai Airport - Ground Handling Staff  (2006 - 2009) 

Hobi : Bola Sepak (membawa nama Jep bersempena pemain stricker MU, Jepp Stam)
Drama/Telemovie/Filem/ Rancangan TV:

Bersama Sepah (Mamat & Shuib):
Bujang Sepah Silalalitamplom 1 & 2
Dodol Aidilfitri Si Bujang Sepah
Lemang Aidilfitri Si Bujang Sepah
Burger Layan Diri
Biar Betul Bendul
Ibu Mee Segera
Sepah The Movie (Filem)
Gelak Khas
Maharaja Lawak 2011
Raja Lawak Musim 3
Bapak-Bapak Aidilfitri (tanpa nama Sepah) - (Aidilfitri 2013)



Bersama Sepahtu (Shuib) :
Sepahtu Angan Tak Sudah
Siapa Dapat Lisa
Betul Ke Bohong
Karoot Komedia X
Oh Mak Kau! (Filem) 
Warna Raya 2012 & Warna Raya 2013
Maharaja Lawak Mega 2013 (Trio Sepahtu bersama Rahim R2)
Jep sahaja :
 Bomoh Temberang
Karoot Komedia 2012
Karoot Komedia X Siri 2 2013
Dari Kedah ke KL
Sebelum Raya
Edisi Khas
Muzikal Syok
Buletin Cinta 
Busking Raya 
Super Spontan 2013 (bermula 30 Ogos 2013)

Pencapaian:
Duta M7 Prooil & M7 Drive Energy Drink
Duta TESCO sempena Aidilfitri 2013 bersama Nabil, Sh.Shahira & Sheila Rusly
Juara Super Spontan 2013
Artis Komedi Lelaki Paling Poplar, Anugerah Lawak Warna 2013.
Top 5, Artis Komedi Lelaki Paling Popular, ABPBH 2012 (tercalon bersama Nabil, Angah, Johan dan Zizan)
Juara Raja Lawak Musim 3
Juara Maharaja Lawak 20122 


Rahim Bin Mat Ali/Rahim R2
Nama Sebenar:Rahim Bin Mat Ali.
Nama Tipu:Aim.
Umur:40.
Asal:Klang.
Status: Berkahwin.
Pekerjaan:Penyelia.
Pengalaman:Soalan terlalu general, malu nak cerita.
Kebolehan selain melawak:Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, kalau bagus dah lama masuk AF.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.
Mengapakah menyertai Raja Lawak:Ingin mengembangkan bakat dan ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi dan Raja Lawak adalah platform yang baik.

Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?:
Tak kira hero yang mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sangat dengan keadaan jem yang teruk sekarang ini.

Shahmira Bin Muhamad/Shuib Sepahtu

Nama penuh:Shahmira Bin Muhamad.
Orang panggil anda:Shuib.
Umur:27 tahun.
Asal:Johor.
Peserta Raja Lawak musim ke:Musim ke-3.
Drama/Telemovie/Filem:Telemovie: Bujang Sepah Silalalitampom, Burger Layan Diri dan Ibu Mee Segera.
Episod: Bujang Sepah Silalalitampom (13 Episod), Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod), Tok Ketua (13 Episod) dan 3 Bendul (13 Episod).
Pencapaian tertinggi didalam hidup:Juara Raja Lawak musim ke-3.
Pengalaman menarik anda bila bergelar artis:Dapat berkawan dengan Tauke Raja Lawak.
Sumber inspirasi anda untuk membuat lawak:AR Tompel dan kawan-kawan.
Apakah harapan anda untuk Maharaja Lawak:Memberikan yang terbaik agar status pelawak diangkat ke tahap tertinggi.

Jumaat, 8 November 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 - TRIO Sepahtu bersama Rahim

Assalamualaikum.....
Hmmmm...lemau sikit nak mengupdate entri kali ini. Entahlah, kebelakangan ni rasa macam ...... entahlah. Macam-macam saya tahu, macam-macam saya dapat info...yang tak berapa seronoklah telinga dan hati dengarnya. Tapi, cepat-cepat saya....astagfirullahala'zim...! Rata-rata followers saya di IG semua memberi komen mengapa penulisan saya kebelakangan ini agak lesu dan tidak bermaya. Seumpama saya tidak ada ummphh macam tu. Saya hanya boleh kata, saya menulis entri sejak bulan September semua dalam keadaan terpaksa. Maaf pembaca semua....saya teruskan penulisan demi anda semua yang nak sedikit sebanyak membaca tentang pelawak pujaan Malaya sekarang, Jep Sepahtu. 

Kadang-kadang, saya edit blog, saya edit video saya happy....tapi lama-kelamaan saya rasa tawar hati pun ada. Entahlah, saya boleh hanya kata entahlah. Tak boleh nak elaborate pepanjang. Anyway, seperti yang semua sedia maklum, trio Sepahtu kembali beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran langsung malam ini untuk minggu yang pertama. Kali ini, Jep dan Shuib berpadu tenaga bersama Rahim R2. Well....saya percaya kolaborasi trio ini bakal meletup. Sebabnya, saya sendiri terhibur dengan lawak abg Rahim, apatah lagi ditambah perisanya oleh Jep dan Shuib. Memang fantastik.....In Shaa Allah.
 
 Nak dijadikan cerita sekejap, ketika acara perasmian (launching) MLM2013 baru-baru ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur......saya pula ada lawatan bersama pelajar sekolah dan guru disana. Hari yang sama, waktu yang sama. Ketika menuju ke tempat letak kereta, saya dah nampak Mamat, Harun Salim Bachik dan beberapa pelawak lain. Hati saya dah tak sedap sebenarnya. Sekali betul daaaaaaaa......velfire orang tu ada kat situ. Sekali tgk IG.....memang sah!! Malangnya saya di tingkat 1, Jep di ballroom tingkat bawah. Tapi, satu hotel. Waa dah macam cerita bollywood tak?! Aaaaa kiya karo aye, kuch kuch hota heiiiiii!!! (ok melalut da!) Semasa penerangang cikgu,saya cuba nak lari, tapi cikgu dah nampak saya resah. cikgu saya mengusik "tak sempat kot jumpa abang kesayangan awak tu....kita kejap je ni." Sumpah malu depan cikgu  sendiri. 
 
 
Gambar Credit : Kosmo! online
 
Walau apa pun, saya percaya gabungan ini bakal menggegarkan pentas MLM malam ni dan seterusnya. Cara mengundi saya lupa. Alah, korang tengok aje lah malam ini. Okay, kepada yang mungkin ingin mendapatkan tiket ke MLM 2013 setiap minggu, cuba anda semua dapatkan sahabat saya, cik Adila Zainul selaku presiden Jep Sepahtu FC. Tetapi, maaf, nombor telefon tak bolehlah saya letak disini ye, cuma, anda boleh PM beliau di Facebook, search Adila Zainul. Okay?
Saya juga ada menerima beberapa soalan yang agak kerap ditanya ada semua kepada email saya. Jadi, saya rangkum semua soalan, dan saya jawab disini berdasarkan apa yang saya tahu ye :
Q : Abg Jep ada akaun Twitter & Facebook tak?
A : Jep tiada memiliki sebarang akaun Twitter dan Facebook setakat ini. Nak selamat, follow lah Jep 
      di Instagram milik rasmi beliau, @jepsepahtu.

Q : Macam mana nak join sebagai ahli untuk Jep Sepahtu FC?
A : Sila hubungi / PM cik Adila Zainul selaku presiden JSFC seperti yang saya nyata di atas.

Q : Mana nak jumpa Abg Jep ye? Teringin nak jumpa live
A : Untuk setakat ini, datanglah ke Maharaja Lawak Mega 2013. In Shaa Allah dapatlah jumpa.
Q : Abg Jep takde filem terbaru ke?
A : Jep setakat ini tersangat sibuk dengan program TV seperti Super Spontan & MLM 2013. 
      In Shaa Allah, menjelang 2014 adalah projek terbaru Jep.

Q : Abg Jep ada berapa kereta?
A : Setakat ini, termasuk kereta yang baru dimenangi sempena Super Spontan 2013 ada empat buah.
      Kereta beliau yang pertama, sebuah Honda Civic Type R, kemudian Mini Cooper & MPV Velfire.
Q : Abg Jep berapa orang adik beradik?
A : Jep anak keempat dari tujuh orang adik beradik.  Jep ada dua abangg, seorang kakak, seorang   
      adik perempuan dan dua orang adik lelaki.
Q : Abg Jep dulu sekolah mana? Kerja pula macam mana ye?
A : Jep bersekolah rendah di SK Kulai dari tahun 1992 - 1997 dan sambung tingkatan 1 di SMK 
      Sultan Ibrahim dari tahun 1998 - 2002.Untuk kerja, kalau tidak silap, memulakan tugas di   
      bahagian operation di New Straits Time Press (NSTP) Bangsar, sebelum sambung tugas sebagai
      Ground Handling Crew bersama Air Asia, Senai Airport, Johor.
Q : Saya nak bagi hadiah untuk Jep tapi saya tak tahu nak bagi hadiah apa? Boleh advice.
A : Untuk pakaian, Jep selesa mengenakan t-shirt berwarna putih. Apa-apa jenama asalkan dia 
      selesa.  Jenama kegemaran Quicksilver dan Ripcurl. Untuk tshirt, sesuai dapatkan saiz M untuk 
      Jep seandainya baju itu fit-size. Kalau bukan fit-size, saiz S & M pun boleh.  Selain itu, boleh 
      juga hadiahkan kasut, cap, snapback, jersy dan haaaa.....Jep suka chocolate cake. Nak pulak yang 
      Moist Choc Kek dari Secret Recipe. Tapi apa pun anda bagi, Jep akan hargai. Believe me :) 
Q : Apa hobi abg Jep ye?
A : Apa lagi bola sepak la. Satu talent Jep yang mungkin ada yang tak perasan, Jep suka menyanyi.

 
 
Q : Abg Jep bila nak kawin???
A : Erk....soalan itu saya takde jawapan lor. Bukan saya match maker atau wedding planner nyer. 
      Tunggulah declaration dari Jep sendiri ya. Kalau saya senang, saya takkan percaya "akak, ada 
      orang nampak abg Jep dating, yeke?", "akak, abg jep ada gf ye?", "akak, abg Jep tgh kenal hati   
      budi someone".......... perihal peribadi Jep ini, bila saya dah dapat jawapan dari Jep sendiri, dan 
      Jep declare di media. Thats it. Dan tolonglah jangan tanya soalan ini lagi! -____-''

Cukup tak jawapan tu.......harap clear lah ye. Okay, saya nak sambung kerja dengan proposal yang bertimbun ni. Selamat membaca........
-setakatpeminatpalawakzamansekarang.blogspot.com/siti`awadah-

Isnin, 4 November 2013

Jep Juara Super Spontan 2013

Assalamualaikum semua..............
Okay okay faham.......semua teruja.Ye saya faham kejap nak tulis la ni....! Hehehe. Ok nangis dulu, sobbss sobbss...sroottttt!! Sangkaan saya sangat tepat betul tak? Finally Jep berjaya mengumpul satu lagi pencapaian, sebagai Juara Super Spontan 2013. Tahniah Jep. Jujurlah masa dapat tahu keputusan tu, saya memang gigil. Tambahan pula tak dapat menonton malam tu sebab di luar kawasan Kuala Lumpur. Bila diinform dapat tahu, saya yang rasa nak sujud syukur pulak. heheheh.
Anyway, sekalung tahniah untuk Jep dari saya. Saya memang dah meramalkan yang Jep akan juara malam Super Spontan Akhir tu. Mengikut kata-kata sahabat peminat, Jep all out malam tu. Saya menjangkakan kemenangan lebih banyak lepas ni untuk Jep. Apatah lagi 8hb Nov ni bermula pula Maharaja Lawak Mega 2013. Alamatnya tiap-tiap hari Jumaat, perut saya akan dihujani rerama la...sementara tunggu trio Sepahtu muncul. Serammmmmmmmmm! hahahahah. Apa-apapun, pembaca semua pegang cakap saya, trio Sepahtu akan merangkul Juara. InshaAllah.


Tahniah Jep dari saya.......sobss sobssss..
Okay...nampak awak comel la gelak camtu........
-setakatpeminatpelawakzamansekarang/siti`awadah

Rabu, 30 Oktober 2013

Kangen Band -- Pujaan Hati lyric

http://www.youtube.com/v/Pvaovoc_puM?version=3&autohide=1&autohide=1&feature=share&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=rLmSbg6_sM2liKCDB6P76Q

Selasa, 29 Oktober 2013

FINALIS SUPER SPONTAN 2013

KITA SEMUA SOKONG MEREKA DALAM
SUPER SPONTAN
2013





SEMOGA MEREKA BERJAYA DALAM 
SUPER SPONTAN
2013