"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
Hai....apa khabar semua followers dan pembaca setia saya? Harap anda
semua sihat-sihat belaka ye. Saya macam biasalah, sibuk dengan kerja.
Maklumlah, 2014 hampir tiba. Jadi, perancangan sekolah banyak saya
pikul (walaupun sekolah ini bukan saya punya..hehehe). Sudah namanya
tanggungjawab, pikul sahajalah. Lagipun, kerja tu satu ibadah.
(amboi..celoteh cik awadah!)
adi sebenarnya, terbelek kalendar kat meja ni. Baru perasan hari ini 12
November 2013. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun lepas, tarikh ini
saya menghadiri Malam Gala atau Malam Pratonton Sepah The Movie. Dan
pada bulan November juga, abang-abang ex Sepah, termasuk abg sayang saya
tu....ehem! bukan, sorry tersalah tulis...abg sayang
korang....sibuk promosi jelajah Sepah The Movie.Dari Batu Pahat, ke Melaka, Plaza
Angsana, Kuala Lumpur, Penang dan seterusnya Kuantan. Yang
paling...sumpah tak boleh lupa, road tour Penang. Sian.........die
demam. Demam teruk! Kekekeke..........(manja sangatlah mamat ni!)
Opps.....sorry. Nak cerita pasal Malam Gala tu sebenarnya. Okay,
tayangan pratonton tu berlangsung di E@Curve, Damansara. Buat pertama
kali, saya jumpa secara penuh, kumpulan Sepah walaupun mereka dah
berpecah masa tu. Pada waktu itu, saya masih besekolah. Habis sekolah pukul 6ptg, saya terus bergegas ke E@Curve. phew berpeluh-peluh. Semata-mata nak
menatap abang berbaju hitam ni.
Ingat tak poster ni? Ya Ampun...poster ini sebesar-besar alam okay!
Masa tunggu artis datang sangat kelakar. Jantung dup dap dup dap. Nak
meredakan tekanan, saya bergambar dengan Shahrol, Mamat dan Jehan.
Nampaknya si baju hitam ni...sebab masa tu belum kenal dan saya masih
dalam kategori peminat FANATIK.....saya nak pengsan! Tak tahu kenapa!!
Alamak.....dah macam orang baru balik keje opis! Jep terlalu segak malam
tu. Untuk pertama kali saya melihat dia berpakaian rasmi yang memang
segak. Wah warna hitam. Nak selamat la tu. Sebenarnya, malam gala tu
adalah kali ketiga saya jumpa Jep straight dalam seminggu. Tengok ye, 4
Nov 2012, saya jumpa dia di Subang Jaya, 11 Nov saya datang untuk
roadtour STM di Klang dan 12 Nov untuk malam pratonton STM.
Wah...............penat toqq! Tapi yelah masa tu kan "gila"! Sanggup lah
buat keje gila. Yelah, balik rumah pun dah pukul 2 pagi, edit gambar
dan upload di FB & Blog sampai 4 pagi, solat subuh terus pastu g
keje! Agak-agak....saya cukup tido tak sepanjang pembabitan saya dengan Jep?? Hehehehehehe...............!
Tapi itu semua kenangan manis. Momen paling manis. Sememangnya setiap
momen saya adalah paling terindah. Kadang-kadang, kena benda atau
perkara yang saya rasa tak ada kena mengena! Dan, saya melihat
pembabitan saya sepanjang menyokong kerjaya insan bernama Mohd Nadzri
ini cukup terindah, sekalipun ada masa badai melanda. Bukan setakat
badai, tsunami juga melanda. Cukup meruntuhkan sokongan saya yang saya
bina. Setiap kali saya down, saya pujuk hati bangun semula. Well, Jep
kerjanya apa? selebriti kan? Dan sebagai selebriti pasti terlibat dengan
ramai orang. Bila terlibat dengan ramai orang, pasti setiap kepingan
hati perlu dijaga. Pasti juga, setiap airmata perlu dikekang agar tidak
tumpah. Namun, itu tidak adil rasanya bagi Jep, kan? Macam lagu
Yuna...ini tidak adik tidak adil baginya!!
Saya mungkin tidak akan bersama lagi, (mungkin........cerita Allah saya
tidak pasti) untuk menyokong dan berada di mana sahaja Jep berada
seperti sebelum ini. Saya dah tak kuat berdepan dengan Jep yang semakin
mendaki ke puncak sekarang. Namun, apa yang akan berterusan dari saya,
adalah doa ke hadrat Allah, semoga dijaga hatinya berbolak balik,
dimurahkan rezeki dan menjaga perjalannya supaya tidak diletak bersama
orang-orang yang sombong dan riak. Juga, jauh dari gossip yang
bukan-bukan. Saya pasti, In Sha Allah, Jep mampu menjaganya.
Kepada semua yang selama ini menjadi pembaca setia, yang mengikut
perkembangan blog ini dari awal sehingga hari ini, terima kasih
seadanya. Saya tak kenal anda semua, tapi bila saya pergi Halfest di
booth M7 hari tu tiba-tiba ada yang tegur "ini kak wadah blog ke?"
aduhai......terharu sangat. Malah permintaan untuk setiap entri baru
membuatkan saya fikir panjang untuk berhenti menulis. Terima kasih ye.
Kepada yang memberi saya kata kata semangat di IG juga terima kasih. (yang asyik dok bertanya....akak suka abg Jep ke? akak ni bla bla bla....jawapan saya TAK! harap maklum!)
Kepada Jep........nak cakap apa eh? Tak tahu awak masih baca ke tak?
emm..kalau baca, good luck je lah untuk Maharaja Lawak Mega 2013. Do the
best...maximum best. Actually rindu sangat nak dapat pesanan dari awak
supaya datang program rakaman yang melibatkan awak, Jep!! Macam dulu
awak ajak datang rakaman KKX dengan Warna Raya 2013.Takpelah....masa berlalu. Tak kisahlah tu. Anyway, selamat maju
jaya, selamat segalanya. In Sha Allah.
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan