Jumaat, 8 November 2013

Maharaja Lawak Mega 2013 - TRIO Sepahtu bersama Rahim

Assalamualaikum.....
Hmmmm...lemau sikit nak mengupdate entri kali ini. Entahlah, kebelakangan ni rasa macam ...... entahlah. Macam-macam saya tahu, macam-macam saya dapat info...yang tak berapa seronoklah telinga dan hati dengarnya. Tapi, cepat-cepat saya....astagfirullahala'zim...! Rata-rata followers saya di IG semua memberi komen mengapa penulisan saya kebelakangan ini agak lesu dan tidak bermaya. Seumpama saya tidak ada ummphh macam tu. Saya hanya boleh kata, saya menulis entri sejak bulan September semua dalam keadaan terpaksa. Maaf pembaca semua....saya teruskan penulisan demi anda semua yang nak sedikit sebanyak membaca tentang pelawak pujaan Malaya sekarang, Jep Sepahtu. 

Kadang-kadang, saya edit blog, saya edit video saya happy....tapi lama-kelamaan saya rasa tawar hati pun ada. Entahlah, saya boleh hanya kata entahlah. Tak boleh nak elaborate pepanjang. Anyway, seperti yang semua sedia maklum, trio Sepahtu kembali beraksi dalam Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran langsung malam ini untuk minggu yang pertama. Kali ini, Jep dan Shuib berpadu tenaga bersama Rahim R2. Well....saya percaya kolaborasi trio ini bakal meletup. Sebabnya, saya sendiri terhibur dengan lawak abg Rahim, apatah lagi ditambah perisanya oleh Jep dan Shuib. Memang fantastik.....In Shaa Allah.
 
 Nak dijadikan cerita sekejap, ketika acara perasmian (launching) MLM2013 baru-baru ini di Hotel Istana, Kuala Lumpur......saya pula ada lawatan bersama pelajar sekolah dan guru disana. Hari yang sama, waktu yang sama. Ketika menuju ke tempat letak kereta, saya dah nampak Mamat, Harun Salim Bachik dan beberapa pelawak lain. Hati saya dah tak sedap sebenarnya. Sekali betul daaaaaaaa......velfire orang tu ada kat situ. Sekali tgk IG.....memang sah!! Malangnya saya di tingkat 1, Jep di ballroom tingkat bawah. Tapi, satu hotel. Waa dah macam cerita bollywood tak?! Aaaaa kiya karo aye, kuch kuch hota heiiiiii!!! (ok melalut da!) Semasa penerangang cikgu,saya cuba nak lari, tapi cikgu dah nampak saya resah. cikgu saya mengusik "tak sempat kot jumpa abang kesayangan awak tu....kita kejap je ni." Sumpah malu depan cikgu  sendiri. 
 
 
Gambar Credit : Kosmo! online
 
Walau apa pun, saya percaya gabungan ini bakal menggegarkan pentas MLM malam ni dan seterusnya. Cara mengundi saya lupa. Alah, korang tengok aje lah malam ini. Okay, kepada yang mungkin ingin mendapatkan tiket ke MLM 2013 setiap minggu, cuba anda semua dapatkan sahabat saya, cik Adila Zainul selaku presiden Jep Sepahtu FC. Tetapi, maaf, nombor telefon tak bolehlah saya letak disini ye, cuma, anda boleh PM beliau di Facebook, search Adila Zainul. Okay?
Saya juga ada menerima beberapa soalan yang agak kerap ditanya ada semua kepada email saya. Jadi, saya rangkum semua soalan, dan saya jawab disini berdasarkan apa yang saya tahu ye :
Q : Abg Jep ada akaun Twitter & Facebook tak?
A : Jep tiada memiliki sebarang akaun Twitter dan Facebook setakat ini. Nak selamat, follow lah Jep 
      di Instagram milik rasmi beliau, @jepsepahtu.

Q : Macam mana nak join sebagai ahli untuk Jep Sepahtu FC?
A : Sila hubungi / PM cik Adila Zainul selaku presiden JSFC seperti yang saya nyata di atas.

Q : Mana nak jumpa Abg Jep ye? Teringin nak jumpa live
A : Untuk setakat ini, datanglah ke Maharaja Lawak Mega 2013. In Shaa Allah dapatlah jumpa.
Q : Abg Jep takde filem terbaru ke?
A : Jep setakat ini tersangat sibuk dengan program TV seperti Super Spontan & MLM 2013. 
      In Shaa Allah, menjelang 2014 adalah projek terbaru Jep.

Q : Abg Jep ada berapa kereta?
A : Setakat ini, termasuk kereta yang baru dimenangi sempena Super Spontan 2013 ada empat buah.
      Kereta beliau yang pertama, sebuah Honda Civic Type R, kemudian Mini Cooper & MPV Velfire.
Q : Abg Jep berapa orang adik beradik?
A : Jep anak keempat dari tujuh orang adik beradik.  Jep ada dua abangg, seorang kakak, seorang   
      adik perempuan dan dua orang adik lelaki.
Q : Abg Jep dulu sekolah mana? Kerja pula macam mana ye?
A : Jep bersekolah rendah di SK Kulai dari tahun 1992 - 1997 dan sambung tingkatan 1 di SMK 
      Sultan Ibrahim dari tahun 1998 - 2002.Untuk kerja, kalau tidak silap, memulakan tugas di   
      bahagian operation di New Straits Time Press (NSTP) Bangsar, sebelum sambung tugas sebagai
      Ground Handling Crew bersama Air Asia, Senai Airport, Johor.
Q : Saya nak bagi hadiah untuk Jep tapi saya tak tahu nak bagi hadiah apa? Boleh advice.
A : Untuk pakaian, Jep selesa mengenakan t-shirt berwarna putih. Apa-apa jenama asalkan dia 
      selesa.  Jenama kegemaran Quicksilver dan Ripcurl. Untuk tshirt, sesuai dapatkan saiz M untuk 
      Jep seandainya baju itu fit-size. Kalau bukan fit-size, saiz S & M pun boleh.  Selain itu, boleh 
      juga hadiahkan kasut, cap, snapback, jersy dan haaaa.....Jep suka chocolate cake. Nak pulak yang 
      Moist Choc Kek dari Secret Recipe. Tapi apa pun anda bagi, Jep akan hargai. Believe me :) 
Q : Apa hobi abg Jep ye?
A : Apa lagi bola sepak la. Satu talent Jep yang mungkin ada yang tak perasan, Jep suka menyanyi.

 
 
Q : Abg Jep bila nak kawin???
A : Erk....soalan itu saya takde jawapan lor. Bukan saya match maker atau wedding planner nyer. 
      Tunggulah declaration dari Jep sendiri ya. Kalau saya senang, saya takkan percaya "akak, ada 
      orang nampak abg Jep dating, yeke?", "akak, abg jep ada gf ye?", "akak, abg Jep tgh kenal hati   
      budi someone".......... perihal peribadi Jep ini, bila saya dah dapat jawapan dari Jep sendiri, dan 
      Jep declare di media. Thats it. Dan tolonglah jangan tanya soalan ini lagi! -____-''

Cukup tak jawapan tu.......harap clear lah ye. Okay, saya nak sambung kerja dengan proposal yang bertimbun ni. Selamat membaca........
-setakatpeminatpalawakzamansekarang.blogspot.com/siti`awadah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan